Showing posts with label Coret2... Show all posts
Showing posts with label Coret2... Show all posts

08 July 2010

Fasting Mode

Mak-mak sekalian, dah ganti ke puasa? Bulan puasa dah nak dekat ni. Tak reti-reti nak ganti ke lagi…(jangan marah aaa)..he..he..e

Hoh! 28hari lagi??Pasal banyak sangat tinggal puasa ni? Tak tau ke puasa ni wajib…Actually tahun 2009, aku tinggal puasa 7 hari. Sebabnya biasalah – bendera jepun la..hehehe

Dah tak puasa 7 hari apasal ganti berpuluh hari pulak?

Sebabnya, in 2008 aku tak puasa SEBULAN. I repeat: sebulan mak! Masa tu kan, aku tengah berpantang.Bersalin pulak 06/8/2008 so pantang 2 bulanSebenarnya 2minggu puasa je aku dalam pantang tapi mak mertua cakap xpyh la puasa coz menyusu badan..

.. Tapi bila start ganti, malas pulak cz xtahan dgn dugaan bl tgk org makan. So, sempat ganti 7 hari je. Balancenya carry forward this year (kena bayar fidyah juga).

So,skang dgn baki hari yg ada ni,aku nk ganti la puasa sebelum Ramadhan menjelma.

p/s Sesiapa yang tak ganti tu, jangan tangguh-tangguh..ha..ha

Sedikit renungan untuk kita semua :
Adalah menjadi kewajipan mengqada puasa bagi orang-orang yang meninggalkannya dengan sengaja atau dengan sebab keuzuran syar�i. Di samping itu ada juga orang-orang yang meninggalkannya ditentukan ke atasnya membayar fidyah.

Fidyah ialah memberi makan orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras atau apa-apa jua bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu. Satu mudd itu adalah sebagai gantian bagi satu hari puasa yang ditinggalkan dan satu mudd itu bersamaan 15 tahil (566.85 gram). Bagi wanita hamil atau yang menyusukan anak, jika dia takut akan mudarat kepada anaknya disebabkan dia berpuasa, maka dia diharuskan berbuka dan wajib mengqada puasa tersebut. Selain itu dia juga wajib fidyah kerana dia berbuka untuk menyelamatkan nyawa dan tidak berupaya menunaikan puasa.

Perkara ini berdasarkan satu riwayat yang menyebutkan bahawa Abdullah bin Umar RA telah ditanya mengenai seorang perempuan hamil yang takut mudarat kepada anaknya,
adakah ke atasnya berpuasa?
Lalu beliau berkata yang maksudnya:

"Berbuka dan berilah satu cupak makanan (hinthah) kepada orang miskin setiap hari.�� (Hadis riwayat Malik).
Manakala perempuan hamil dan yang menyusukan itu apabila berbuka kerana niat rukhshah sakit atau musafir, maka wajib ke atasnya qada sahaja dan tidak wajib fidyah.

Hukum yang sama juga (fidyah) terkena kepada orang-orang yang meninggalkan puasa dan melengah-lengah atau melambatkan qada, sedangkan dia berdaya sehingga datang bulan Ramadan yang baru. Dengan demikian dia berdosa kerana melambatkannya dan wajib qada serta fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu.

Kecuali bagi orang-orang yang uzurnya berterusan sehingga tidak berdaya melakukan qada seperti sakit atau musafir yang berterusan, perempuan hamil atau perempuan yang menyusukan sehingga datang Ramadan yang lain maka tidak wajib ke atasnya fidyah kerana melambatkan qada itu kerana keuzuran sedemikian itu diharuskan.

Begitu juga orang-orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa uzur syar�i, dia berdosa dan wajib qada serta dikenakan membayar fidyah.

NOTA:
(1)
Jumlah fidyah mengikut hutang berapa hari yang wajib dibayar dan kalikanlah mengikut kadar fidyah yang di jelaskan diatas.
Satu hari 15 tahil X ...
Semuga ada yang dapat menejlaskan lebih sempurna. InsyaAllah.

(2)
Membayar Fidyah kepada fakir miskin,
diMalaysia @ di Lembah Kelang atau Kuala Lumpur, bahkan dikampong-kampong sebenarnya masih ada ramai orang Islam didalam tahap layak menerima fidyah, jika rajin melakukan perjalanan ditempat yang dikenal pasti DAN MAHUKAN IANYA SEMPURNA SAMPAI KEPADA YANG BERHAK.
Sumber



26 January 2010

ll Mana lebih kotor? - Rakaman 999

Artikel ni aku petik kat FP EzreeenTalip...Sori yer...aku copy + paste je cz nk cpt..apapon mg artikal+gambar ni dpt myedarkan kita semua agar jgn senang2 amik jln mudah utk cari keuntungan...

Memetik kata-kata Mazidul ketika stand-upper, lebih kurang katanya...
"Difahamkan.., lebih 1000 orang bekerja di tempat pembuangan sampah ini yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 5 petang... Kotor !! Memang kotor... Tetapi, adakah sekotor bekerja sebagai seorang pelacur..."
sebahagian dari ramai pekerja yang bekerja mengutip sampah ditempat pembuangan sampah di Telaga Punggor, Batam
sebahagian "anak ikan" atau Lonteh (pelacur), duduk di dalam "akuarium" menunggu pelanggan di salah sebuah lounge atau pusat hiburan di Batam...

gambar oleh
EZREEN | +6 012 775 0952


Kredit kepada Ezreeen.Thx.





05 January 2010

ll K.Wan..Happy Birthday!

Hari ini, tanggal 05 Januari 2010 adalah hari ulangtahun kelahiran kakak sulung aku,kak wan. Dengan itu, aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi ,semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dilimpahkan kebahagian dan dipayungi kesihatan berpanjangan. Sukses sokmo la deh! Terima kasih sebab tak jemu tolong jahit baju2 aku… hehe bukan ada apa-apa pun kat sini.

Mungkin bersesuaian dengan ulangtahun kakak aku ni, sebuah lagu Imran Ajmain yang menjadi single untuk album terbarunya, Selamat Ulangtahun Sayang ditujukan khas untuk k.wan. Semoga happy sokmo! Peace!


Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Sayang Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan cala
r derita

Chorus

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Followers