Showing posts with label Petua / Tips. Show all posts
Showing posts with label Petua / Tips. Show all posts

13 July 2010

Masalah Genetik atau....?


Semalam bawa Kasyful ke Hosp Seremban,terpaksa jumpa pakar audiologi kerana Kasyful lambat cakap.Huh..sampai 2 dos ubat tidur kena bagi cz dia tak nak tido.Apapon,slps ujian pendengran dibuat,pakar mengatakan KAsyful tiada masalah pendengaran kerana gegendang telinga dalam keadaan normal.Pakar berpendapat,mungkin Kasyful dlm kes yg lambat cakap.Aku harap begitulah kerana bila dibagi arahan,dia faham jer..Next,KAsyful akan dirujuk kpd Speech Therapist..huhu...ummi doakan yg terbaik buat anak ummi.Amin.
Apapon, sedikit maklumat yang aku dapat hasil survey dari internet..


Ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah
atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga. Mungkin juga kanak-kanak
berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.
Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada
kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula
bercakap. Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada
ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi
perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak
dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahlikeluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri. Kurang galakan dan
sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu
juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.

The hearing ability ratings chart shows how Monaural and Binaural hearing aids compare to a normal hearing experience in various environments.

How well do you hear in these situations?

Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin
menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah
pendengaran. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi
kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan.
Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini
hanya boleh dikenal pasti pakar). Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka
yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan,
tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat
bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang
terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga
jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’.

Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana
keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa
kanak-kanak.

1. Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang
kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa
pertuturan.
2. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami
perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
3. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun
perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
4. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang
membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza
atau tujuan yang pelbagai.

*Tip membantu anak bercakap*

1. Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak
dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai
bercakap!
2. Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah.
Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang
(pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang
untuk memberi maklum atau tindak balas
3. Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud
perkataan atau ayat
4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada
anak
5. Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa
memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan
orang yang baru dikenali
6. Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap
dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan
soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan
bercakap-cakap dengannya
7. Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi
perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak.
Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa
perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak
8. Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.


Jika anak puan dah cecah 4 tahun tetapi masih bermasalah untuk bercakap,
eloklah bawa dia jumpa speech therapist, atau puan boleh rujuk kes ke NURY.

Jangan putus asa bercakap dengan anak puan, walaupun dia membalasnya dengan
bahasa sendiri. Bila banyak input, nanti outputnya akan keluar juga satu
hari nanti, insya Allah.

05 February 2010

ll Khasiat Kacang Tanah



Kacang tanah kaya dengan lemak, mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus, vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Kajian menunjukkan kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah, berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia.


Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami penyakit kanser, ketumbuhan ataupun Gaut DI CEGAH dari mengambil kerana ianya akan merangsang sel yang boleh mendatangkan mudarat kepada pesakit kanser atau pun G
aut.
Sumber dari TV3







03 February 2010

ll Bicara MLM

Salam sejahtera,

Wah! Tajuk ini amat sensitif bagi sesetengah pihak. Jadi, sewal kalam saya sebelum apa jua terjadi, saya susun jari mintak maaf banyak-banyak jika ada yang tersinggung. Kadang-kadang menulis blog ni main hentam saja. Tetapi, apabila saya wat sedikit analisis dan kajian, amat memeranjatkan saya. Dalam hati saya bercakap mungkin orang yang biasa-biasa sahaja yang baca blog ini. Rupa-rupanya ramai orang yang saya tak sangka membaca blog ini.

Maklumlah, benda di internet ni mana boleh nak nyorok-nyorok. Semua orang boleh akses. Rasa malu pun ada, bila jiran saya, kawan lama saya, cikgu saya, lecturer saya, malah juga golongan profesional seperti dato’ dan datin, menteri-menteri, ahli perniagaan korporat, para jutawan, dan orang-orang kenamaan pun ada jugak baca blog saya. entah-entah perdana menteri kita pun baca blog saya jugak kot..

Dari saat itu, mungkin saya lebih berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi. Bahasa saya akan lebih umum dan juga lebih sopan. Apatah lagi kali ini ingin membawakan satu isu yang mungkin sensitif pada sesetegah pihak iaitu MLM (multi level marketing). Bagi yang belum pernah dengar, MLM itu adalah perniagaan perlbagai tahap.

Hampir 90% dewasa dari rakyat malaysia, mengakui MLM boleh jadi jutawan. Dan juga MLM boleh mencapai Financial Freedom atau kebebasan kewangan. Namun, dari jumlah 90% itu hanya 60% sahaja yang mampu mencuba dan juga bertindak. Tetapi, dalam 3% sahaja bergelar jutawan MLM. Jadi, anda yang mana? Atau anda tidak memilih MLM? tidak mengapa.

Keputusan adalah ditangan anda. Mencuba itu adalah tidak salah. Kegagalan itu pula adalah satu kewajipan dalam hidup kita untuk berjaya. Orang yang negatif memang tidak akan percaya dengan MLM ni. Saya tidak menyalahkan mereka. Memang benar pun, kita dari kecil bersekolah rendah, sekolah menengah, sampailah masuk ke universiti, tidak pernah ada subjek “macam mana nak jadi jutawan” atau “macam mana nak buat bisnes” atau “kenapa perlu bisnes MLM”.

Apa yang kita tahu adalah akademik. Belajar menjadi ulat buku, dan terus belajar. Bila dah 24jam mengadap buku, kita dah tidak bersosial. Tidak bergaul dengan orang dan tidak sertai mana-mana komuniti. Bila dah jadi ’skema’ untuk score A dalam peperiksaan, kita tidak hiraukan public relation kita. Jadinya seperti ini:

http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs196.snc3/20355_1081534936267_1763149124_152272_8342844_n.jpg

Sebab itulah ramai graduan yang menganggur. Kalau nak menganggur pun boleh tapi buat bisnes la.

Oklah, jika kita dapat kerja sekalipun, berapa % ilmu yang kita belajar di Universiti selama 4,5 tahun yang kita aplikasikan dalam pekerjaan kita? ramai yang kata

Apa yg belajar di universiti tak pakai pun di tempat kerja..

Tak sampai 5% pun kita aplikasikan dalam pekerjaan. Tapi kenapa kita perlu belajar dari tadika sampai gaduate mengambil masa dalam 17, 18 tahun? Inilah yang dinamakan Complementary atau Kewajiban yang mana kita tidak boleh nak elak.

Sama saja perkara ini dalam kehidupan perniagaan. Namun, bila sentuh bab perniagaan, ramai yang tanye result dulu..

Join bisnes MLM ni bulan depan aku dapat income berapa?..

kalau anda agen jualan MLM atau ahli MLM tu, anda nak jawab apa? pelik kan masyarakat sekarang. belum mula kerja lagi dah tanya income dia. Bulan depan pulak tu dia nak income.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, fikirlah kembali, kita menanti dan melalui perjalanan hidup selama 17 tahun lamanya menuntut ilmu dan berjuang habis-habisan semata-mata nak dapat kerja yang basic gaji dalam RM2k (fresh graduate). Ada jugak yang menuntut ilmu tak habis. Ada jugak yang belajar sampai SPM saja. So, akalu nak RM2k sebulan, anda kene belajar sampai dapat ijazah. Dan jugak lepas interview! Boleh faham maksud saya?

So, kenapa mase nak masuk sekolah dulu, tak tanya kat cikgu macam ni:

Saya nak hantar anak masuk darjah satu, bulan depan dia boleh kerja tak? Bape gaji?..

Anda boleh faham perbandingan ini? Kalau kita perlukan pengorbanan 17 tahun untuk dapat RM2k sebulan, kenapa tidak dalam perniagaan MLM, kita perlukan 17 tahun jugak supaya jadi JUTAWAN?

Dalam 17 tahun anda berhempas pulas, usaha gigih, barulah kemanisan kejayaan itu boleh dtg. Tapi, saya tidak pun mensasarkan 17 tahun dalam MLM, hanya dengan 3 ke 5 tahun, dah jadi jutawan pun. Apatah lagi perniagaan MLM internet. Yang rendah modalnya serta lebih fleksibel di era kini.

Oh ya, bisnes MLM tidak salah. Bisnes MLM takde yang silapnya. Bisnes MLM tidak gagal. Yang gagal adalah orangnya! Menjadi jutawan dalam MLM bukanlah single step to success. Namun, ada byk perkara kita perlu lalui.

Saya menjadikan seorang tokoh jutawan MLM yang tersohor di Malaysia sebagai guru saya iaitu Dr Azman Ching, dia orang Klang (so sy nak ikut jejak dia jadi org Klang yg jutawan) dan beliau sudah dalam industri MLM selama 20 tahun! Memilki 190 ribu downline serata Asia tenggara. Memang banyak memberikan saya sumber inspirasi.


Semangat Antusias

Inilah istilah yang baru saya belajar dari beliau. dalam bidang perniagaan kita mesti ada semangat antusias ini. Semangat yang berkobar-kobar dan pasti buat sampai impian tercapai.

Oh ya, kalau dahulunya perniagaan MLM ini adalah hanya dengan ‘mencari orang’, keluar rumah tgh malam, dan juga jual produk, tapi dengan teknologi yang ada, kita boleh jadi jutawan MLM dengan cara yang mudah, dan juga cara yang kita suka.

Ramai tak percaya saya buat MLM hanya dari rumah, tanpa jual produk, tanpa jumpa orang, dan juga tanpa lepak di kedai mamak sampai lewat malam. Anda ingin tahu bagaimana saya memulakan perniagaan MLM hanya dari rumah? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapat sambungan informasi ini.

Sila pastikan anda masukkan secara percuma.Klik SINI

Credit to Nasoha



22 December 2009

ll PETUA......Mungkin berguna untuk anda


(saya tolong forward jer......sekadar membantu)


Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya

Followers