Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

09 February 2010

ll Kek Batik Bakar & Ikan Taucu


KEK BATI K VERSI BAKAR

Kek ni sama je resepi dgn kek batik biasa tue...cuma aku edit+ubahsuai sket jer...Tapi bila bakar dgn oven,kek ni lg gebu dan sedap dimakan panas2...

Bahan-Bahannya:-

4 biji telur
1/4 ketul butter 250g
4 sb gula
1/2 cawan susu pekat
1 kati biskut merie (600 gram) – patah empat
Coklat masakan...agak2 la yer..
Roti yg nk clear stok
1 sk esen vanilla
1 mug air

Caranya:-

1. Pukul butter, telur dan gula+susu pekat
2. Masukkan coklat masakan yg telah di boil, kacau hingga rata
3. Masukkan esen vanilla dan air, gaul hingga rata
4. Masukkan ke dalam kuali/ periuk – masak dengan api perlahan
5. Setelah mendidih dan agak pekat, masukkan biskut marrie yang dipatah 4. Gaul rata
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastic, tekan hingga padat.Taburkan kacang tanah yg telah ditumbuk halus
7. Bakar selama 45 / 150'c.Sedap dimakan panas2.



IKAN MASAK TAUCU
~Resepi aku update later k...




.

26 January 2010

ll Puding Roti


Resepi nie lupa am9k kt mane.Tapi xpe la,janji puding aku siap!

Bahan2:
A:
500ml susu segar/fresh milk
8 keping keping roti [aku guna roti gardenia]

B:
4 sb gula halus
2 sb butter
2 biji telur ayam
1 st esen vanilla
1 sb tepung jagung

C [ optional]
10 biji kurma merah yang dipotong nipis
7 biji biskut bangkit yang telah dihancur-ni nak clear stok...
3 sb kacang tanah yg ditumbuk/hancur

CARA:
1.Hancurkan/koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam atau hingga roti lembut
2.Kacau dan gaul rata bahan B
3.Satukan bahan A dan B hingga sebati dan tuang ke dalam loyang yg telah disapu dgn butter
4.Taburkan hirisan kurma,kacang tanah dan biskut pada bahagian atas puding.
5.Bakar dalam aven dlm sushu 200'c selama 45 minit atau hingga masak.
6.siap dan blh dihidangkan s/ada panas atau sejuk.
7. Sedap dimakan begitu sahaja atau dgn ais krim..





Sedap dimakan bersama ais krim perisa Vanilla.Yum.Yum.Yummy!!





25 January 2010

ll Sup Tulang@Lunch

Erm,last week hubby ada dapat sedekah tulang lembu dari sorg kawaan.Hari Sabtu,kebetulan hubby keje petang..so adala dia mitak nk makan sup tulang.Sambil tue,sup tulang tu blh la dimakan dgn mee sanggul sekali.2 in 1.Tambah lak,pg dh breakfast berat,so utk lunch xpyh la nk mkn nasi lagi.Kasyful pon makan mee sanggul dgn sup jer.
Sup tulang yang best..Meleleh air liur...

Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
garam
2 s/b sos tiram
2 pelepah celeri
bawang goreng
air secukupnya

bahan mayang
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia


bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang,sos tiramdan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5.
Masukkan garam kasar utk bagi daging cpt empuk .Biarkan mendideh.
6.Masukkan celeri yg dipotong.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.





Yang ni aku panggil mee sanggul.Tak tahu la korang sume panggila ape.Beli kat Tesco,mee ni mcm Maggi jgk,bila nak makan jz rendam air panas je
.

Ini pulak sup mee sanggul utk Kasyful.Mee tue terpaksa la aku potong kecik2 ,takut tercekik bila dia makan cz mee nk kenyal skit..




ll Keria Ubi Kentang

Resepi ni aku xpernah cuba tapi mcm sedap jer...Erm,mmg sedap.Dan inilah hasilnya.

Bahan-bahan ( dpt 30 biji saiz kecil )

  • 600 gm ubi kentang - dikupas kulit
  • 1 cawan tpg gandum
  • gula dan garam

Cara-cara

  1. Kentang direbus hingga empuk. Letakkan sedikit garam didalam air rebusan tersebut.
  2. Toskan airnya kemudian tnggu hingga sejuk baru ler dilenyek.
  3. Masukkan tepung dan 2 sudu gula didalam adunan. Uli hingga sebati.
  4. Kemudian dibentuk spt gelang dan goreng hingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan minyak. Kemudian gaul dgn gula atau disira spt keria biasa.
  6. Petua: Ketika membentuk adunan tersebut tgan hendaklah sntiasa basahkan dgn air utk mendptkan bntuk keria yg cntik dan licin serta adunan tidak melekat ditgan.
Rujukan:Myresepi



Haa...yang ni pulak lepat pisang yg mak mertua buat...Sodap!!






18 January 2010

ll Mee Mamak Simple@Breakfast

Yang ini pulak utk hari ahad pagi..Biasala,bila hubby ct...barula aku masak pagi.Kl tak aku makan lunch terus jer..


.


Bahan2:-

1 bungkus mee kuning 800g
Daging -actually daging nie lebihan daging goreng malam td.
2 ulas bwg merah-ditumbuk
2 ulas bwg putih-ditumbuk
1 sb cili giling
2 biji telur
3 tangkai sawi, potong 2 inci
Kicap
2 sb sos tiram
Garam
Perasa
Minyak utk menggoreng

Cara2:-

1.Mee kuning dibilas dgn air bersih.Ketepikan
2.Tumis bahan yg ditumbuk bersama cili giling.
3.Bila dah naik bau,masukkan sos tiram,kicap,garam dan perasa .Biar seketika.
4.Masukkan telur,daging dan sawi.Kacau hingga rata.Akhir sekali masukkan mee kuning.Kacau hingga rata.Jangan terlalu lama cz takut mee kembang pulak.
5.Jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap masin.
6.Angkat dan letakkan kedalam mangkuk besar.Dah siap...

Cencaru Sumbat Goreng

Lunch tue xmasak apa pon cz pagi lambat makan.Sekadar goreng ikan cencaru jer.Resepi ni lbh krg cencaru sumbat bakar jer.Bezanya aku goreng n balut dgn daun kunyit utk bagi wangi.So,xperlu la aku bg resepi lg yer.






ll Masak lemak telur asin_pucuk ubi

ERm...resepi ni aku amik dalam majalah Rasa.Bulan berapa ntah...lupa.Telur asin ni plk dari kampung,mak yang buat.aku xpenah cuba resepi ni tapi aku cuba gak coz nak rasa cmner la rasa.Resepi ni xssh pon..macam masak lemak biasa la cuma yg beza gn telur asin je..





















Bahan2:-


6 biji telur asin
Secekak pucuk ubi
1 inci kunyit hidup-ditumbuk/blend
10 biji cili padi-ditumbuk/blend
santan pekat
2 biji bawang merah -ditumbuk/blend
daun kunyit dihiris2 halus
garam secukup rasa
ssedikit perasa

Cara2:-

1. Celur pucuk ubu hingga lembut-ketepikan
2.Panaskan air bersama cuka makan.bila mendidih,pecahkan telur.Biarkan sedikit dan kemudian angkat bila dh agak2 masak.Telur dimasak sebiji2 yer-Petua ni hubby yg bagi agar telur xhancur.
3.Masukkan bahan kisar bersama sedikit air.Biarkan seketika hingga mendidih.
4.Masukkan pucuk ubi yg dicelur tadi.
5.Masukkan santan,telur dan daun kunyit.Perasakan dgn garam+perasa
6.Kecilkan api dan Kacau perlahan2 supaya telor tak hancur. Dah siap..





ll Kek Batik


Dah lama betul aku xbuat kek ni..Hari Jumaat lps teringin sgt nk makan...resepi pon ingt2 lupa.Tapi resepi xssh pon...bahan2 pon xbanyak..Erm..dah buat tue,Kasyful pon suka...!!

Bahan-Bahannya:-

4 biji telur
1 ketul butter
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 kati biskut merie (600 gram) – patah empat
½ cawan milo
½ cawan koko powder
1 sk esen vanilla
1 mug air

Caranya:-

1. Pukul butter, telur dan gula+susu pekat
2. Masukkan milo dan serbuk koko, kacau hingga rata
3. Masukkan esen vanilla dan air, gaul hingga rata
4. Masukkan ke dalam kuali/ periuk – masak dengan api perlahan
5. Setelah mendidih dan agak pekat, masukkan biskut marrie yang dipatah 4. Gaul rata
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastic, tekan hingga padat
7. Sejukkan dan potong.


So..kepada yang berminat..selamat mencuba!!


13 January 2010

ll Menu buka puasa

Dalam usaha untuk menurunkan berat badan dan gnti puasa sebulan [ puasa tahun 2008 aku dlm pantang],aku terpaksa la puasa.Adoi,xtahan den!Kot2 manopon kena dapat balik berat badan ideal mcm dl.huhu..mMenjak Kasyful xbreast feeding ni,berat badan aku makin meningkat..

So,Untuk buka puasa semalam,aku masak simple jer..Untuk sesapa yg nk resepi,blh la try ...

Cencaru Sumbat Bakar
Resepi ni aku amik kt Galeriresepi.


Bahan-bahan:

2 ekor ikan cencaru
150 ml minyak masak
Sedikit perasa [ aku guna Cecukup Rasa Maggi]
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor[aku guna asam kandis] / air asam jawa -option

Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar pes cili kering
1 inci halia

Cara:
1.Ikan disiang dan dibelah belakangnya.

2.Kisar Bahan kisar hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3.Masukkan asam keping ,Secukup Rasa Maggi, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambal pekat kemudian ketepikan dan sejukkan.

4.Sumbatkan sambal kedalam belakang ikan. Jangan sumbat terlalu penuh dan letakkan diatas pemanggang beralas daun pisang yang telah disapu dengan minyak masak.

5.Bakar dalam ketuhar bersuhu 170 darjah celcius hingga ikan masak.

6.Jangan lupa buka pintu ketuhar semasa memanggang.

#Note:Sambal nie,blh dimasak lebih dan simpan di dalam peti ais..


Sup sayur campur


Bahan-bahan :

  • 1 ulas bawang putih (mayang/tumbuk halus)
  • 1 inci halia[ dimayang]
  • 2 ulas bawang merah [ dimayang]
  • Fish ball secukupnya (boleh guna ayam/daging)
  • Cendawan hitam kering [direndam hingga lembut]
  • 1 btg karot
  • Suu Hun & Fucuk [direndam hingga lembut]
  • 200g cendawan tiram
  • Garam, perasa (jika suka)
  • 1 s/b sos tiram
  • 1 batang celeri.
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih,bawang merah,halia sehingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.Masukkan sos tiram.
  3. Masukkan fish ball. Diikuti bunga cendawan kering &karot. Kacau seketika.
  4. Masukkan Suu hun,fucukdan cendawan tiram.
  5. Akhir sekali, masukkan celeri,garam &perasa.

Ayam Sambal


Bahan-bahan:
  • 1/2 1 ekor-digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • 1 s/b kicap lemak manis ( biasa guna cap Kipas Udang )
  • garam-secukup rasa
  • gula- secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • air secukupnya
  • Serbuk Perasa
Bahan kisar:
  • 3 s/b pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara

  1. Goreng ayam sehingga masak. ketepikan.
  2. Bhan kisar ditumis bersama gula ,garam dan sedikit air di atas api perlahan sehingga cili benar benar masak -biar hingga pecah minyak.Perasakan dengan kicap dan sedikit serbuk perasa.
  3. Akhir sekali masukkan ayam yang sudah dimasak. Kacau rata.
  4. Sedia dihidangkan
Selamat mencuba yer..









Followers