25 February 2010

ll Akan Kumilikki..



Adoi..skang ni berderet2 novel best kat market...nmpak gaya kena tgu KLiB 2010 la utk beli..cz dpt murah skit nt...

Tajuk:Terbanglah Sayang
Penulis:Aina Emir
Penerbit:Karnadya
Sinopsis:

Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.

Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?

Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk : Bukan Tak Sudi
Penulis: Mimie Afinie

Penerbit:
Karnadya

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk : Saat Kau Kata Cinta
Penulis :Anis Ayuni
Penerbit:Alaf21

Apa sebenarnya pengertian kasih dan rindu bagi seorang lelaki bernama Mohamed Hijaz kalau sekadar menjadi pengucapan yang terlalu murah harganya hingga sesuka hati diucap kepada sesiapa sahaja?

‘Mengapa jadi begini? Mengapa tak setia dalam berkasih?’ Kesal dan terkilan mengongsi seluruh ruang dalam hati.

Dalam sendu, aku menghitung langkah kaki Hijaz mendapatkannya. Bertaut Jari-jemari dan mereka berjalan seiringan. Aku meraung di dalam hati mengenangkan sepatutnya akulah yang berada di situ seperti yang Hijaz janji. Namun, aku tiada upaya mengubah kehendak takdir. Impian bersanding dengannya hanya mampu aku hadirkan dalam bayangan.

‘Dirikan mahligai kasih, bina jangan sampai runtuh. Hanya satu pesan dan doaku, ALLAH jangan kau lupakan ...’ bisik hatiku meminjam lirik lagu yang pernah aku dengar suatu masa dahulu.

Darwina: Aku tahu, Hijaz sedang berbahagia kini. Hatiku pula masih bergelandangan. Masih tercari-cari dahan kasih untuk berpaut.

“Cinta yang menyakiti, sewajarnya dihindari.”

Darwina: “Mengapa suami-suami selalu begini? Mengapa tidak setia dan suka bermain kayu tiga? Dah tak ingat agaknya, sumpah setia dan janji yang dilafaz sewaktu memadu cinta sebelum akhirnya melangkah ke alam rumah tangga?”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*klik cover untuk baca blurb
RM 20 / RM 23 (Sabah & Sarawak),
Tarikh Terbit: 15 February 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 616 halaman
Untuk baca contoh bab,sila klik Wasilah Cinta Weera
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuk:Serasi Di Hati
Penulis:Nora Ismail a.k.a Rose Harissa
Terbitan : NBKara Sd
n Bhd
Semenanjung : RM21.00
Sabah Sarawak : RM24.00
Halaman : 608ms
Blurb belakang buku :

Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih...
Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.

Untuk baca bab awal,sila klik di Serasi Di Hati
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Baju Pengantin Mak Andam
Penulis:AReila Sahimi
Penerbit:Kaki Novel

APA KATA HEROIN?

"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu r

asa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~

APA KATA HERO?


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

Baca bab2 awal 1-15 di Baju Pengantin Mak Andam
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk: Pergilah Airmata
Penulis :Hani Ramsul
Penerbit:Kaki Novel



Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga.

Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.

Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.

Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.

Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.



ll Biarlah YM Berbicara


Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi. Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati.. aku rela jemari menjadi pengganti, menarikan irama indah cinta kita.. biarkan saja YM yang terus berbicara..

Biodata Penulis


Nama penuh : Rohani binti Sulong
Nama pena : Hanni Ramsul
Asal : Terengganu
Menetap : Selangor
Sekolah : Bersekolah di Sek Men Keb (A) Durian Guling & Sekolah Menengah Padang Midin (STPM)
Taraf pendidikan : ijazah sarjana muda pengajian maklumat ( UITM )
Rahsia Nama Pena : Sebab ianya merupakan gabungan nama sendiri (Hanni) dan Ramsul ( Ram dari Ramlah, Sul dari Sulong) Siapa mereka? Sudah tentu dua insan istimewa yang membawa saya melihat dunia ini. Mak dan arwah ayah.


Sinopsis
Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…
Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…
Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…
Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini….

Baca bab2 awal 1-15 BYMB di SINI

Ulasan:
Buku ni aku baru dpt hr ni..baru sampai kt ofis en hubby jap td...Kira aku pon blm baca lg..saja ja bt entri awal..Tapi bab2 awal tu aku dh bc la online..Feedback dr kwn2 pon ckp novel ni best..tue bt xsbr nk baca....

23 February 2010

ll 'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya'

..................::::::STICKY MODE::::::::::::..............


'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya' ?Sebab saya memang nak ganti camer saya yg dh lama...huhu..nk beli yg br ,belum ada rezeki lagi.Mintak2 ada la rezeki nak merasa camera baru bila join contest ni..Nanti lagi bersemangat nak mengambil gambar utk kenangan...

Sesapa nk join...klik kt banner yer...
------------------------------------------------------------------------------------------------
TARIKH TUTUP : 23 FEBRUARI 2010 (11.59pmSeronok bila dpt shoot gmbar ni terutamanya gmbar anak bujang yg sedang membesar...

Ini antara gambar yg pernah diambil dengan camera lama...dh lama jugak usia dg camera tu..aku beli ms belajar dedulu.agaknya dh 5-6 thn jugak rasanya...guna duit PTPTN tu yg xtahan..Huhu..sanggup ikat perut semata2 utk beli camera tue..




22 February 2010

ll Aku Mahu Kamu~Aleeya Anessa


Tajuk: Aku Mahu Kamu
Penulis: Aleya Aneesa
Halaman: 512
Harga: RM19.90

Sinopsis:

EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Ulasan:
Erm..novel ni aku beli masa g jalan2 ke Carrefour Seremban..Agak mahal barang kt sana..xbeli apa pon,sekadar cuci mata.then singgah kat Giant Senawang..cari pampers Kasyful...sambil2 tue intai2 novel baru..Hasilnya novel ini yg jadi habuan aku...Memang xsabr utk baca tapi dek hambatan masa,terpaksa tangguh cz byk keje umah nk kena buat...Malam tadi baru dpt baca,tue pon dah agak lewat..Bila baca xnk berhenti plk..bersambung2..huhu..novel ni agak sedih jgk..Menitis jgk la airmata aku bila bab Qisya tinggalkan Firyal di rumah Ziyyad...huhu..kl akupon,xsampai hati utk berpisah dgn anak sendiri sbegitu lama..Apapon,aku puji dengan olahan karekter Ziyyad Fallah..sampai terbuai jgk dibuatnya..untung kl semua lelaki bersikap macam tue.....

Dek terleka baca novel ni...kul 4am br aku tido..tu pon sbb aku paksa diri utk tido cz risau kot2 tak terbangun utk keje pagi ni..ikutkan ati,mmg nk abiskan juga tapi sabar2 la hati...





18 February 2010

ll PERADUAN JAUHARI HATIKU



Jangan lepaskan peluang menyertai peraduan JAUHARI HATIKU bersama KN secara online. Hadiah menarik menanti anda!!!


Jawab tiga soalan dan lengkapkan cogan kata.

Soalan 1:
Mengapakah Mak Piah bersikap dingin dengan Daniel McCormick?

Soalan 2:
Siapakah Jauhari Hati Farisa?

Soalan 3:
Senaraikan enam watak penting yang ada di dalam Jauhari Hatiku.



Lengkapkan jawapan dan cogan kata : Saya suka membaca novel-novel terbitan KN kerana……….(tidak melebihi 15 patah perkataan).

Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI kakitangan KN dan saudara-mara terdekat tidak dibenarkan mengambil bahagian.
2. Anda perlu menjawab dengan betul kesemua soalan.
3. Pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan yang betul serta cogan kata yang menarik.
4. Setiap peserta hanya layak menghantar SATU penyertaan sahaja. Pihak KN berhak menolak penyertaan anda sekiranya anda menghantar lebih daripada satu penyertaan.
5. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada dalam bentuk surat, e-mel atau telefon tidak akan dilayan.
6. Hantarkan jawapan-jawapan anda berserta nama penuh, nombor telefon dan alamat penuh anda ke e-mel: kakinovel.peraduan@gmail.com.
7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2010.

8. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Mac 2010 tidak akan dilayan sama sekali.
9. Para pemenang akan dihubungi oleh pihak KN kelak.

HADIAH

Tempat Pertama : Lima ( 5 ) buah novel KN + seutas jam tangan BUM
Tempat Kedua : Tiga ( 3 ) buah novel KN + seutas jam tangan BUM
Tempat Ketiga : Dua ( 2 ) buah novel KN + seutas jam tangan BUM

Followers