03 May 2010

Sayang Cendana, Noktah Erna, Da Bomba, Syah Jihan di TV3

DRAMA TERBAIK BULAN MAY DI TV3

Kuala Lumpur, 29 April 2010 – Memasuki pertengahan tahun 2010, drama-drama hebat tayangan TV3 menjadi kekuatan utama dalam menarik minat penonton televisyen. Drama yang ditayangkan mempunyai genre, plot dan jalan cerita yang berlainan, justeru ianya sesuai untuk tontonan seluruh lapisan masyarakat.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, “ setiap slot drama di TV3 cukup berlainan, ianya di kategorikan agar ianya memberi kemudahan kepada penonton pilihan genre-genre terbaik. Dari genre aksi ke percintaan, seram hingga ke lagenda pastinya akan menetapi citarasa penonton. Kami berharap drama-drama ini dapat memberi kepuasan kepada penonton dalam meneruskan legasi drama terhebat di TV3,” ujarnya

Di samping itu, kami juga mementingkan kandungan program yang sarat dengan mesej-mesej positif agar menjadi teladan kepada masyarakat,” tambah Puan Nurul.

Berikut drama-drama yang ditayangkan:-

Slot Lagenda – SAYANG CENDANA – Mengisahkan percintaan antara manusia dan puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa. Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta. Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana (Juliana Evans) dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis tersebut dibeli oleh Amelia. Dia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas setor.
Sayang Cendana bersiaran 3 Mei 2010, setiap hari Isnin – Khamis 4.30petang

Slot Samarinda – NOKTAH ERNA – Mengisahkan Erna, seorang graduan luar negara yang pulang ke tanahair setelah tamat belajar. Bersama beliau ketika pengajian ialah Shamsul iaitu jirannya sendiri. Setelah bergelar graduan, kini Erna bekerja di syarikat bapanya manakala Shamsul pula sebagai seorang pensyarah. Mereka sebenarnya mempunyai perasaan terhadap masing-masing tetapi masih menyimpan erat perasaan cinta yang terjalin. Suatu hari, Erna pulang ke kampung dan berjumpa dengan Kamal iaitu anak angkat kepada datuknya. Bagaimana kisah cinta ini berkesudahan? Lakonan Rita Rudaini, Aqasha, Awal Ashaari, Jue Aziz, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani
Noktah Erna akan mula disiarkan pada 5 Mei 2010, Selasa-Khamis 10.30malam

Slot Senda Pagi – DA’BOMBA – Sebuah drama yang memaparkan kisah ahli bomba dan para isteri yang penuh dengan suka dan duka dalam mengharungi kehidupan berumah tangga. Hubungan kekeluargaan dan kejiranan sesama mereka yang setiap hari diwarnai dengan pelbagai ragam serta karenah para isteri yang pastinya akan mengundang gelak dan tawa. Saksikan keberaniaan ahli-ahli bomba yang menyelamatkan orang awam yang di dalam kesusahan dan kehidupan seharian para isteri dalam Da’Bomba.
Da’Bomba akan mula disiarkan 6 Mei 2010 setiap hari Khamis jam 11.00pagi

Slot Akasia – SYAH JIHAN – Mengisahkan seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya. Namun di lema melanda apabila dua wanita muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyamarannya. Dapatkan beliau memberkas Tuan Haris yang jahat? Lakonan Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite, Kartina Ayob
Syah Jihan akan mula disiarkan pada 17 Mei 2010 Setiap Isnin – KhamisSlot Seram – ROH KEMBALI – Sebuah drama bersiri terbitan JS Pictures dengan pengarah berkaliber Jinggo kembali mengegarkan slot seram di TV3 dengan sebuah drama yang pastinya menggamit perasaan penonton. Roh Kembali mengisahkan sebuah rahsia yang tidak terungkap. Zaidi hidup mewah dengan menjalankan perniagaan sendiri. Isterinya, Zahirah tidak bekerja kerana Zaidi mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga. Anaknya, Ehsan bijak dan rajin belajar. Mereka mesra, berbudi bahasa dan disukai jiran tetangga. Namun, Zaidi tidak pernah tenang. Dia dihantui oleh ‘roh’ orang yang telah mati. Tiada siapa tahu termasuk isterinya bahawa dia terjebak dalam satu sindiket jenayah terancang yang dinaungi Taukeh Boon. ‘Roh’ berkenaan adalah roh perempuan Cina, Lillian Chan yang dibunuh atas arahan Taukeh Boon. Lakonan mantap oleh Fizz Fairuz, Rozie rashid, Zamarul Hisyam, Sheila Rusly, Lisdawati, Razak Ahmad
Roh Kembali akan bersiaran pada 20 Mei 2010 setiap Khamis 9.30malamSlot Aksi – ARJUNA – Drama bersiri terbitan KRU Studios ini mengenai alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah. Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna seorang saja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan. Lakonan Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng.

Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00malam

Arjuna – Remy Ishak

Credit to Budiey


0 comments:

Post a Comment

Followers