20 May 2010

Super Junior Mania!!



Sebelum debut

Sejak tahun 2000, syarikat rakaman SM Entertainment mengadakan ujibakat tahunan bagi mencungkil bakat baru di Korea berikutan kejayaan artis-artis dibawah syarikat rakaman ini seperti H.O.T dan S.E.S. Pada tahun 2001, syarikat rakaman itu mengadakan ujibakat di luar negara di Beijing di mana Han Geng telah dipilih di antara 3000 peserta. Leeteuk, Heechul, Yesung, EunHyuk, Siwon dan Kibum dipilih daripada ujibakat tahunan syarikat tersebut manakala Kang-In, Shindong, SungMin, DongHae dan Ryeowook pula dipilih daripada ujibakat yang ditaja oleh SM Entertainment.

Super Junior (슈퍼주니어; sering digaya sebagai SUPERJUNIOR) yang kadang kalanya digelar SJ atau SuJu (슈주) merupakan sebuah kumpulan boy band dengan 13 orang ahli yang berasal dari Seoul, Korea Selatan. Ahli-ahli Super Junior ialah Leeteuk (ketua), Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong. Sungmin, EunHyuk, DongHae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun. Di antara ahli-ahli Super Junior, terdapat seorang ahli yang berasal dari China yang terpilih melalui ujibakat di China yang dikendali oleh SM Entertainment pada tahun 2001 iaitu Han Geng[1]. Pada mulanya Super Junior hanya mempunyai 12 orang ahli dan seorang ahli ditambah (KyuHyun) menjadikan jumlahnya 13 orang pada 23 Mei 2006..[2]

Super Junior telah mengeluarkan dua buah album dan sebuah single sejak 2005. Album paling laris Super Junior merupakan album kedua keluaran mereke berjudul Don't Don yang telah menggondol gelaran album paling laris pada tahun 2007 daripada Persatuan Industri Muzik Korea. Selain itu, Super Junior turut memenangi empat anugerah muzik daripada M.NET/KM Music Festival, empat anugerah dari Goden Disk Award dan merupakan kumpulan kedua memenangi Artis Kesukaan Korea di MTV Asia Awards selepad JTL.



Ulasan Zyalyas : Ggroup ni mmg pernah dgr tp dl xminat nk amik kisah.Tapi menjak Siwon acting dlm Oh my lady,baru la aku buka kertas siassatan cz nk th background Siwon.Dalam siasat2,rupanya sampai ke super Junior nie..Bila dgr2 lagu kt You tube,best jgk rupanya group ni ..xrugi!

0 comments:

Post a Comment

Followers