13 January 2010

ll Menu buka puasa

Dalam usaha untuk menurunkan berat badan dan gnti puasa sebulan [ puasa tahun 2008 aku dlm pantang],aku terpaksa la puasa.Adoi,xtahan den!Kot2 manopon kena dapat balik berat badan ideal mcm dl.huhu..mMenjak Kasyful xbreast feeding ni,berat badan aku makin meningkat..

So,Untuk buka puasa semalam,aku masak simple jer..Untuk sesapa yg nk resepi,blh la try ...

Cencaru Sumbat Bakar
Resepi ni aku amik kt Galeriresepi.


Bahan-bahan:

2 ekor ikan cencaru
150 ml minyak masak
Sedikit perasa [ aku guna Cecukup Rasa Maggi]
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor[aku guna asam kandis] / air asam jawa -option

Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar pes cili kering
1 inci halia

Cara:
1.Ikan disiang dan dibelah belakangnya.

2.Kisar Bahan kisar hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3.Masukkan asam keping ,Secukup Rasa Maggi, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambal pekat kemudian ketepikan dan sejukkan.

4.Sumbatkan sambal kedalam belakang ikan. Jangan sumbat terlalu penuh dan letakkan diatas pemanggang beralas daun pisang yang telah disapu dengan minyak masak.

5.Bakar dalam ketuhar bersuhu 170 darjah celcius hingga ikan masak.

6.Jangan lupa buka pintu ketuhar semasa memanggang.

#Note:Sambal nie,blh dimasak lebih dan simpan di dalam peti ais..


Sup sayur campur


Bahan-bahan :

  • 1 ulas bawang putih (mayang/tumbuk halus)
  • 1 inci halia[ dimayang]
  • 2 ulas bawang merah [ dimayang]
  • Fish ball secukupnya (boleh guna ayam/daging)
  • Cendawan hitam kering [direndam hingga lembut]
  • 1 btg karot
  • Suu Hun & Fucuk [direndam hingga lembut]
  • 200g cendawan tiram
  • Garam, perasa (jika suka)
  • 1 s/b sos tiram
  • 1 batang celeri.
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih,bawang merah,halia sehingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.Masukkan sos tiram.
  3. Masukkan fish ball. Diikuti bunga cendawan kering &karot. Kacau seketika.
  4. Masukkan Suu hun,fucukdan cendawan tiram.
  5. Akhir sekali, masukkan celeri,garam &perasa.

Ayam Sambal


Bahan-bahan:
  • 1/2 1 ekor-digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • 1 s/b kicap lemak manis ( biasa guna cap Kipas Udang )
  • garam-secukup rasa
  • gula- secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • air secukupnya
  • Serbuk Perasa
Bahan kisar:
  • 3 s/b pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara

  1. Goreng ayam sehingga masak. ketepikan.
  2. Bhan kisar ditumis bersama gula ,garam dan sedikit air di atas api perlahan sehingga cili benar benar masak -biar hingga pecah minyak.Perasakan dengan kicap dan sedikit serbuk perasa.
  3. Akhir sekali masukkan ayam yang sudah dimasak. Kacau rata.
  4. Sedia dihidangkan
Selamat mencuba yer..









0 comments:

Post a Comment

Followers