Penulis: Samsiah Mohd Nor
Harga: RM13
Halaman: 248
JAZMA... tiada apa yang istimewa pada dirinya. Dia memang serba kekurangan. Dari segi paras rupa mahupun harta benda.
Seorang anak nelayan yang tidak punya apa-apa dan tiada sesiapa pun yang ambil peduli. Malah, tiada seorang pun yang ambil tahu dari mana asal usulnya.
Dia tercampak jauh dari kampung halaman sendiri, seakan-akan terbuang tidak dipedulikan. Terpisah daripada ibu dan adik-beradiknya. Dunia Jazma hanyalah di rumah besar itu.
Di situlah dia meniti hari hari sepinya. Ibarat burung di dalam sangkar, tiada siapa yang mengerti kemahuannya. Kalau ada pun cuma seorang... mak long.
Hanya mak long yang mengambil berat akan dirinya. Mak long yang misteri dan keseorangan seperti dirinya. Mak long yang rajin bertanya kisah hidupnya yang sepi.
Tidak seperti andak yang jarang mempedulikan dirinya. Apatah lagi Herman yang hanya mementingkan kerja dan anak-anaknya sedangkan dia... terkapar-kapar sendiri mencari ruang untuk terus bernafas di bumi ini. Oh TUHAN! Lepaskan aku dari penjara hidup ini...
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Tajuk: BILA SENA KEMBALI BERBUNGA 2
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Harga: RM19.90
Halaman: 528
CINTA kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi. Cinta kepada manusia pula merupakan satu ibadah.
Begitu fikir Afikah sepanjang menyulam cinta bersama Zek sehingga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan.
Mereka mendandan rumah tangga dengan iman, toleransi dan saling mengasihi. Namun, rupa-rupanya ada duri semalu yang cuba merobek kebahagiaan
mereka dalam kesepian hati Afikah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Zek cuba menyedarkan Afikah bahawa manusia perlu terus berdoa dalam rayu dan meminta, bukan mengeluh atau menyesali ketentuan ILAHI hanya kerana dia belum hamil. Tapi Afikah ragu, apakah Zek juga benar-benar ikhlas menerima takdir seperti dirinya atau sekadar menyedapkan bicara? Cinta mereka terus diuji bertubi-tubi. Hati Afikah hancur apabila akhirnya terpaksa berkongsi kasih suami dengan wanita lain.
Dia tidak pernah menduga kesetiaannya terhadap Zek memaksa dia memijak bara api angkara godaan dan perangkap Julia. Luluh hatinya membayangkan malam pertama suaminya dengan isteri baru.
Namun, dia redha dan dalam waktu yang sama kasihnya terhadap Zek semakin teguh. Mampukah perkongsian kasih ini bertahan dengan pengertian dan tolak ansur sebelah pihak? Afikah hanya mampu berdoa.
Zyalyas : Buku ini sebenarnya dh pernah diterbitkan sekitar awal tahun 2000an dl tp dgn penerbit lain.Tak silap dgn Dwiwangsa cz aku dh ada pon.Utk mana2 lelaki yg berhajat nk kawen lbh,mmg elok benar la baca buku nih.Banyak iktibar yg blh diambil n biar dorang beringat sket b4 kawen.Bukan senang nak psg ramai isteri sbenarnya.Bukan setakat nk duit ckp ttp keadilan tue kena ada jgk..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Tajuk: CINTA YANG TERPILIH
Penulis: Sri Diah
Harga: RM19.90
Halaman: 512
WARDA Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain!
Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam.
ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.
Bukan putus, tapi aku mohon tangguhkan nikah. Keputusan itu dibuat di atas katil hospital sahaja. Siapa boleh percaya? Emak menentang. Bapa juga tidak setuju.
Kemudian aku bayangkan, kalau tak jadi bersanding atau kalau dia lari tinggalkan pelamin... Adakah dia... Cinta yang terpilih.
CCCredit to : Ulat Buku ,
__________________________________________________________________
TERBARU DARI JEMARI SENI
Loving an Ivy Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy. |
Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini. Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai. Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya. Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya? Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida? * * * NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ. Sebuah kisah cinta sewangi melur! Credit to Jemari Seni ---------------------------------------------------------------------------------------------------- Terbaru dari Karnadya
Sinopsis: Wahai awan, bawalah aliran air matamu pergi dari sini, kerana pelangi sudah datang untuk menceriakan kehidupan dan menghidupkan semula sebuah harapan. Aryana- pelajar yang hadir dengan pakej tersendiri. Namun di sebalik kecemerlangan yang dikecapinya, tidak ramai yang tahu hidupnya diselubungi kesunyian. Dia tidak pernah merasa apa itu kasih sayang mama dan papa. Dia hilang keyakinan diri dan hidup di dalam dunianya yang tersendiri. Haikal- dia anak muda yang digilai ramai. Menempuh setiap masa dengan positif dan sempurna. Dia jujur dalam berkata-kata. Dia tenang dalam bicara dan dia juga setia kepada persahabatan yang dibina. Pendek kata, dia ciri jejaka sempurna. Haikal dan Aryana bertemu dan mengikat janji sebagai sahabat sehidup semati. Namun perasaan yang mula bertunas menjadikan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dalam ketawa ada duka, dalam senyuman ada derita. Liku persahabatan yang dilalui bagai mimpi yang sempurna dan tiada cacat celanya. Dugaan itu ibarat perisa dalam kehidupan setiap insan. Sempurnanya mimpi Aryana bertukar menjadi igauan yang menakutkan. Mengapa Haikal mahu pergi begitu sahaja tanpa mempedulikannya? Tidak kasihankah Haikal melihat dia mengalirkan air mata duka. Di mana janji persahabatan yang dibina? Hilangkah nyanyian cinta yang didendangkan saban masa? Aryana perlu untuk mengerti, semuanya adalah takdir dalam kehidupan yang realiti. Zyalyas : Buku terbitan Karnadya skang dah agak lain skit pada pandangan aku.Apa yg lain yer...cover depan yg makin menarik!! Terbaru dari Kaki NovelTengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua ...dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.Penulis : Iman Nizrina Penerbit : Kaki Novel Semenanjung : RM19 Sabah/Sarawak : RM22 |
1 comments:
Nak kena g cari buku baru nih cz dh 2bln xdok stok novel br..
Post a Comment