Terdapat banyak sebab mengapa gagal dalam bisnes internet. Di sini saya kongsikan 5 sebab.
1. TIDAK ADA MATLAMAT
Tidak mempunyai matlamat yang jelas yang hendak dicapai dalam binsnes internet. Apakah tahap kepakaran atau keuntungan yang ingin dicapai dalam 1,2 atau 5 tahun dari sekarang ?. Jika belum, mulakan untuk letakkan matlamat, contohnya kita letakkan matlamat untuk mendapat keuntungan RM600 sebulan dalam 6 bulan yang akan datang. Pastikan kita TULIS matlamat kita di tempat yang sesuai dan boleh dilihat selalu kerana menulis matlamat mempunyai kesan pada minda separa sedar kita.
“Lagi besar matlamat kita, lagi besar hasilnya..”
2. TIDAK SABAR
Memang lumrah manusia untuk mendapatkan keuntungan yang besar dalam jangka masa yang cepat. Biasalah, orang melayu macam saya pun mcm ni. Sebenarnya perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukannya semata-mata mendapatkan keuntungan maksima pada jangka waktu singkat. Memang ada manusia yang hebat yang mampu menjana pendapatan besar dalam masa singkat tapi amat jarang. Secara umumnya keuntungan besar mengambil masa untuk dicapai. Cuba buang mentaliti CEPAT KAYA dalam minda kita. Nak KAYA mesti USAHA KENA POWER!
3. TIDAK MENUNTUT ILMU
Jangan kita kedekut untuk melaburkan wang untuk mempelajari teknik-teknik bisnes internet yang betul. Jangan hanya bergantung kepada sumber-sumber percuma. Tapi dalam kita mencari ilmu pastikan kita mendapatkan produk-produk dari pakar-pakar internet yang telah terbukti. Biasanya rahsia yang berkesan tidak dikongsikan secara umum.Jadi Apalah salah jika berkomunikasi DUA hala,Tiga Hala bertujuan Menambah Ilmu,mencari jalan keluar yg baik.Bukan Berdiam diri – Tip saya mudah ‘Belajar dengan Orang yang betul,mahu belajar dan di tunjuk ajar’
4. TIDAK FOKUS DENGAN KERJA
Bisnes internet mengandungi banyak bidang-bidangnya. Contohnya jual produk digital (ebook), produk fizikal, google adsense, ebay, internet Multilevel marketing (MLM) seperti vemma, GDI, herbalife, usana, dan byk lagi, program affiliate dan bermacam-macam lagi. Pilihlah bidang yang kita rasa sesuai dan fokus. Jangan kita nak buat semua benda nanti semua tak jadi. Elakkan juga suka MELOMPAT-LOMPAT dari satu bisnes ke bisnes yang lain. Fokus pada bisnes yang kita mampu buat. Dan yang sangat penting dalam perniagaan adalah “Residual Income”
5. TIDAK BERTINDAK
Tanpa bertindak kita tak akan ke mana. Laksanakan perancangan yang kita buat, dan luangkan masa setiap hari untuk lakukan bisnes internet dan jangan kita cepat give-up. Lihat bisnes kita dari segi keuntungan jangka masa yang panjang. Insyaallah, kita akan mula mendapat hasil jika kita ISTIQAMAH atau KONSISTEN dalam tindakan.
“Jutawan yang lahir semvuanya adalah BERTINDAK TEPAT PADA WAKTUNYA, WALAUPUN TIADA MODAL..”
Adakah kita termasuk dalam mana-mana perkara diatas? Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)
Panduan Join VemmaDipetik dari :
0 comments:
Post a Comment