Anda mesti sedia maklum bahawa buah durian adalah the ‘King of Fruits’ tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the ‘Queen of Fruits’?
Jadi apa kata kalau kita mengenali dengan lebih dekat apa yang dikatakan buah manggis?
-Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.
- Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.
- Baiklah, itu adalah artikel yang dipetik dari wikipedia. Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
- Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.
- Seterusnya kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada padanya berbanding buah-buah yang lain.
- Jadi, nampak tak kandungan buah-buahan yang paling tertinggi. Tak sangka betul. Selama ni asyik membaca pasal kelebihan buah-buahan yang lain, tidak disangka buah-buahan tempatan kita adalah champion kepada semuanya. Tahniah manggis, tahniah..!!
0 comments:
Post a Comment