Sesapa yang belum ganti puasa,sila rujuk sumber di bawah dan faham betul2 bila baca k.
Membayar Fidyah
Soalan
-Sempena menjelang bulan Ramadan yg mulia dan amalan derma jariah yg dianjurkan oleh Telekom ini, saya ingin membayar fidyah kpd fakir miskin. Walaubagaimanapun , saya tidak arif didalam perkara ini. Utk makluman, saya tidak dapat menggantikan puasa saya utk tahun 2002 pada tahun 2003 kerana mengandung dan bersalin. Tahun ini baru saya dapat mengganti puasa tersebut. Persoalannya, berapakah fidyah yg perlu saya keluarkan bagi 4 hari yg tertinggal dan berapakah harga RM bagi secupak beras. Bolehkah saya membayar fidyah melalui Unit Hal ehwal Islam.
Jawapan
Walaikumsualam.
1. Ianya perlu 2 hukum, satu qada dan membayar fidyah. Qado telah dilakukan pada tahun 2004. Jadi selesai, sekarang hanya fidyah sahaja perlu dilangsaikan. Fidyah puasa tahun 2002 perlu dibayar 1 cupak sebelum datangnya ramadhan 2003. JIka tidak dibayar pada tahun 2003 maka ianya akan berganda pada tahun 2004.. Oleh itu 4 hari yang ditinggalkan bermakna 2 X 4 hari bersamaan 8 cupak perlu difidyahkan. 8 cupak bermakna 2 gantang. 2 gantang sama dengan 7 kilo. Jadi satu cupak lebih kurang RM2.50.
2. Surau tidak menerima bayaran fidyah. Elok diberi kepada surau lain atau mencari orang yang fakir.
0 comments:
Post a Comment