13 July 2010

Masalah Genetik atau....?


Semalam bawa Kasyful ke Hosp Seremban,terpaksa jumpa pakar audiologi kerana Kasyful lambat cakap.Huh..sampai 2 dos ubat tidur kena bagi cz dia tak nak tido.Apapon,slps ujian pendengran dibuat,pakar mengatakan KAsyful tiada masalah pendengaran kerana gegendang telinga dalam keadaan normal.Pakar berpendapat,mungkin Kasyful dlm kes yg lambat cakap.Aku harap begitulah kerana bila dibagi arahan,dia faham jer..Next,KAsyful akan dirujuk kpd Speech Therapist..huhu...ummi doakan yg terbaik buat anak ummi.Amin.
Apapon, sedikit maklumat yang aku dapat hasil survey dari internet..


Ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah
atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga. Mungkin juga kanak-kanak
berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.
Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada
kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula
bercakap. Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada
ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi
perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak
dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahlikeluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri. Kurang galakan dan
sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu
juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.

The hearing ability ratings chart shows how Monaural and Binaural hearing aids compare to a normal hearing experience in various environments.

How well do you hear in these situations?

Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin
menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah
pendengaran. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi
kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan.
Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini
hanya boleh dikenal pasti pakar). Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka
yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan,
tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat
bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang
terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga
jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’.

Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana
keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa
kanak-kanak.

1. Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang
kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa
pertuturan.
2. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami
perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
3. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun
perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
4. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang
membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza
atau tujuan yang pelbagai.

*Tip membantu anak bercakap*

1. Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak
dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai
bercakap!
2. Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah.
Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang
(pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang
untuk memberi maklum atau tindak balas
3. Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud
perkataan atau ayat
4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada
anak
5. Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa
memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan
orang yang baru dikenali
6. Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap
dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan
soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan
bercakap-cakap dengannya
7. Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi
perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak.
Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa
perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak
8. Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.


Jika anak puan dah cecah 4 tahun tetapi masih bermasalah untuk bercakap,
eloklah bawa dia jumpa speech therapist, atau puan boleh rujuk kes ke NURY.

Jangan putus asa bercakap dengan anak puan, walaupun dia membalasnya dengan
bahasa sendiri. Bila banyak input, nanti outputnya akan keluar juga satu
hari nanti, insya Allah.

0 comments:

Post a Comment

Followers