Ini merupakan buah tangan terbaru dr NB...buku ni mcm best aja...dan akupon blm baca pon lagi wp dh beli.
.
Tajuk : Ranting Cinta Si Plato
Pengarang : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5229-12-1
Status Stok : ADA
SINOPSIS:
Tuhan beri beluncas untuk kita dapat rama-rama yang cantik
Sukar untuk menerima hakikat si suami pergi tak kembali. Hati Sofea galau dan ganar. Separuh nyawanya terasa melayang. Bagi dia, Alfian, si suami terlalu muda untuk mati. Namun cerita yang terbongkar selepas kematian Alfian, membuat hatinya luka parah.
Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang telah tertinggal di belakang.
Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan oleh Alfian harus dipadam. Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan.
Tajuk: SEINDAH SAKURA
Penulis: Liza Zahira
Halaman: 512
Harga: RM19.90
SINOPSIS:
SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.
Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.
Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...
Ulasan:
Bila baca buku ni byk kali aku tertidur..xtahu nape.Maybe jalan cite dan olahan yang kurang menarik...Watak dan karekter Airil dalam buku nie xdikembangkan dgn baik pada pendapat peribadi aku.Agak bosan jugak,maybe xserasi dgn selera aku.Dua hari baca baru aku dpt abiskan buku nie..Adoi!Rasa penat jgk la..Sebelum ni aku ada jgk beli buku hasil garapan Liza Zahira nie...
Rating : 5/10
0 comments:
Post a Comment