18 February 2010

Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!

Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!

Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....

Rumah No. 11

Rumah No. 9

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.


Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:

* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza.

Penerbit : Jemari Seni
ISBN: 978-983-43217-8-9
Harga: RM21.00

Ulasan:

Cerita nie aku beli via online kt JS.Hari Jumaat ,13 Feb 2010 sampai tp gara2 bz dengan persiapan utk sambut kedatangan kakak dr Johor [actually bz utk masak],buku ni aku tangguh dl utk bc..

Semalam baru aku baca..smpai angkut ke ofis...erm,best jugak la buku..ada lawak2 skit2..Paling kelakar ialah bila part Emy lontar kasut kepada Bobo[kucing Mat] tp terpelanting kena kepala Mat..hahahaa..aku tergelak sorang2 waktu tue...aku suka dgn olahan karekter Mat yg suka buat lawak,egois tapi dlm hati ada cinta..rupanya Mat jiwang jugak dgn jiran sebelah rumah..hehehe..anda semua mmg patut baca pencinta novel melayu..



0 comments:

Post a Comment

Followers