RTM DEKATI BUDAYA DAN KEINDAHAN NEGARA KOREA DALAM DOKUMENTARI : KOREA DI TV1
Sebut sahaja negara Korea pastinya mengingatkan semua tentang keindahan tempat-tempat menarik dan bersejarah negaranya selain drama bersiri dan filem yang bertemakan percintaan yang mengasyikkan.
Begitu pun kepada mereka yang belum berkesempatan mengunjungi negara empat musim ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Unit Pembangunan & Pertanian TV RTM menerbitkan Dokumentari Khas : Korea yang disiarkan empat episod berturut-turut setiap Ahad mulai 31 Januari 2010, jam 9.00 malam di TV1.
Membawakan tontonan penonton menyusuri wilayah sekitar Gyeongsangbuk-do (semenanjung Gyeongsang) terletak di Korea Selatan, Dokumentari : Korea bermula dengan memaparkan Andong, kawasan yang popular di kalangan pelancong kerana menjadi destinasi memperkenalkan budaya dan tradisi Korea di Gyeongsangbuk-do.
Program ini turut memberikan tumpuan kepada Andong International Mask Dance, festival yang diraikan setiap tahun sekitar hujung bulan September hingga awal Oktober. Malah penyertaan meraikan festival
ini diterima daripada masyarakat seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia.
Begitu juga program ini memaparkan foklor desa Hahoe, kampung tradisi yang tidak pernah berubah sejak beratus tahun dahulu. Menariknya, program ini juga mengetengahkan kepentingan muzium Andong Tradisional Content Museum yang menjadi kebanggaan dan memori di mana menyimpan peninggalan zaman dahulu dan bahan sejarah.
Kembara Budaya Korea pula menfok
uskan kepada usaha pihak Korean Foundation For International Cultural Exchange (KOFICE) meningkatkan persefahaman tentang budaya Korea kepada masyarakat antarabangsa.
Episod seterusnya akan membawa penonton melihat kepentingan sejarah dan bahasa Korea dalam mereka membentuk jati diri dan membangunkan negara Korea yang serba moden dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Turut di ketengahkan juga budaya masyarakat Korea yang amat menghargai kepentingan Muzium Nasional Seoul dan Istan
a Changgeokdong sebagai panduan dan inspirasi kepada mereka untuk membentuk negara Korea pada masa ini berdasarkan sejarah lampau.
Sepanjang setengah jam siarannya, program ini turut sama memapaparkan sumbangan Korean Creative Content Agency (KOCCA) dalam membantu mengembangkan aktiviti berkaitan budaya di Korea juga sumbangan Korean Language Institue dalam meningkatkan penguasan bahasa Korea kepada masyarakat luar.
Kemudiannya dokumentari akan melihat pula bagaimana budaya dijadikan elemen penting untuk membentuk bangsa korea dan juga kesatuan Satu Asia menerusi bisnes berunsurkan elemen budaya.
Tidak ketinggalan juga Dokumentari Khas : Korea ini memaparkan bagaimana Syarikat KIA (industri kereta), persembahan Kebudayaan JUMP da
n Cookin NANTA, Namyangju Studio (studio perfileman), Dongwoo Animation (syarikat animasi) dan Stadium Sangam Seoul menggunakan bisnes untuk mengembangkan budaya Korea bagi mengimbangi budaya luar agar dapat membentuk masyarakat Korea berasaskan budaya sebenar Korea. Selain itu para usahawan ini juga mempunyai satu misi yang serupa untuk membentuk satu kesatuan di Asia iaitu Kesatuan Asia berkonsepkan satu Asia.
Diterbitan dua penerbit Roslan Abdullah dan Rulhaizal Abd. Rahman, usah ketinggalan menyaksikan Dokumentari Khas : Korea disiarkan empat episod berturut-turut setiap Ahad mulai 31 Januari 2010, jam 9.00 malam di TV1.
0 comments:
Post a Comment